Thursday, August 6, 2009

"U R NO ALONE..."

Telah jauh ku melangkah.Dari utara ke selatan,barat dan timur.Telah ramai insan yang ku temui.Dari jenis laki2, wanita, pondan dan yang sewaktu dengannya.Namun yang bukan kategori orang belum pernah ku temui.Syukur alhamdulillah.

Tapi hati ini amat tertarik untuk bicara tentang kisah seorang wanita.Kiranya wanita yang ku kenal bukanlah lama.Tapi entah mengapa rasanya bagaikan sudah lama berkenalan.Aku senang bergaul dengannya.Orangnya peramah bahkan terlalu peramah.Hinggakan mampu untuk mengundang perang dunia ke-2, ke-3 dan seterusnya.Begitulah kalau namanya lelaki, pantang jika dibuat baik.Bagaikan orang mengantok disorongkan bantal.

Sesiapa yang memandang mahupun kali pertama, kedua dan seterusnya pasti terpesona.Wajahnya yang ayu persis ciri2 gadis melayu idaman malaya.Tapi mungkin tiada siapa tahu, disebalik senyuman sinis, keayuan wajahnya dan kelembutan keperibadiannya tersingkap seribu persoalan dan tanda tanya.

Semakin aku mengenali dirinya, semakin aku ingin tahu tentang dirinya.Alhamdulillah sedikit sebanyak telah berjaya ku rungkaikan.Aku makin terpesona dan bagi ku dia teramat teristimewa.Seperjalanan ku belum pernah aku menjumpai insan setabah dia.Entah bagaimana dia melalui segala kepahitan dan rintangan demi mencari erti kehidupan hakiki.Sekiranya aku yang berada di tempatnya pun belum tentu aku berjaya harunginya.

Tapi bisakah aku merungkaikan semua persoalan dan tanda tanya.Masihkah ada peluang untuk aku?Atau aku yang terlalu mensia-siakan peluang tersebut.Kata orang peluang itu mungkin datang hanya sekali, mungkin juga datang berkali-kali.Tapi apa yang penting adalah bagaimana kita menggunakan peluang dengan sebaik mungkin.

Aku cuma ingin dia tahu betapa pentingnya dia dalam hidupku.Bukan tujuan ku untuk menagih simpati tetapi cuma inginkan terbaik untuk diriku dan dirinya.

No comments:

Post a Comment