Tuesday, July 21, 2009

"Super Amri Yahya"


Bukit Jalil,Kuala Lumpur:Mohd Amri Yahya mengejutkan lebih 85000 peminat bola sepak negara selepas menjaringkan 2 gol berharga ketika menentang pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Man Utd dalam perlawanan persahabatan di Std Nasional, Bukit Jalil.Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Man Utd, 3-2.

Pemain berusia 28 tahun itu mencipta sejarah tersendiri selepas menjaringkan 2 gol menarik ketika menentang Man Utd.Gol pertama dijaringkan dari luar kotak penalti menerusi volley cantik menerjah gawang menewaskan penjaga gol veteran Man Utd, Edwin Van Der Sar.Gol kedua pula dijaringkan hasil kesilapan penjaga gol kedua Man Utd, Ben Foster yang gagal menampan kemas hantaran pemain Man Utd.

Perlawanan antara Malaysia XI menetang Man Utd juga menjadi medan untuk Michael Owen, penyerang terbaru Man Utd memperagakan kebolehannya untuk membalas kepercayaan Sir Alex Ferguson kepadanya.Michael Owen memulakan perlawanan di bangku simpanan dan kemudiannya masuk menggantikan Wayne Rooney dimana Michael Owen menjaringkan gol kemenangan untuk Man Utd.

Sesuatu yang melucukan jika Man Utd tertarik untuk membawa Amri Yahya ke Old Trafford untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.Man Utd hanya perlu membayar RM50k kepada Selangor untuk mendapatkan khidmat Amri Yahya.Berbanding bayaran Real Madrid untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo iaitu sebanyak 80m pound.
++Impossible is nothing...!!


No comments:

Post a Comment