Tuesday, July 21, 2009

"Super Amri Yahya"


Bukit Jalil,Kuala Lumpur:Mohd Amri Yahya mengejutkan lebih 85000 peminat bola sepak negara selepas menjaringkan 2 gol berharga ketika menentang pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Man Utd dalam perlawanan persahabatan di Std Nasional, Bukit Jalil.Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Man Utd, 3-2.

Pemain berusia 28 tahun itu mencipta sejarah tersendiri selepas menjaringkan 2 gol menarik ketika menentang Man Utd.Gol pertama dijaringkan dari luar kotak penalti menerusi volley cantik menerjah gawang menewaskan penjaga gol veteran Man Utd, Edwin Van Der Sar.Gol kedua pula dijaringkan hasil kesilapan penjaga gol kedua Man Utd, Ben Foster yang gagal menampan kemas hantaran pemain Man Utd.

Perlawanan antara Malaysia XI menetang Man Utd juga menjadi medan untuk Michael Owen, penyerang terbaru Man Utd memperagakan kebolehannya untuk membalas kepercayaan Sir Alex Ferguson kepadanya.Michael Owen memulakan perlawanan di bangku simpanan dan kemudiannya masuk menggantikan Wayne Rooney dimana Michael Owen menjaringkan gol kemenangan untuk Man Utd.

Sesuatu yang melucukan jika Man Utd tertarik untuk membawa Amri Yahya ke Old Trafford untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.Man Utd hanya perlu membayar RM50k kepada Selangor untuk mendapatkan khidmat Amri Yahya.Berbanding bayaran Real Madrid untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo iaitu sebanyak 80m pound.
++Impossible is nothing...!!


Monday, July 20, 2009

"te amo..."

saat kita bertemu...
ada rasa di dalam dada...
tiap kali melihat kau senyum manja...
membuatku terpanah kaku tanpa kata2...
ingin sekali ku nyatakan...
ku amat menyayangimu...
dan hanya kau yg ku chenta...

ku tak bisa berhenti...
dari menyayangi dirimu...
jangan kau pernah tanya kenapa...
kerna itu aku pun tak tahu...
istana yang ku bina...
biarpun untuk kali kedua...
akan ku pertahankannya...

usah biarkan ku bersendirian...
usah lepaskan genggaman tangan...
usah biar hatimu ditawan...
usah biar diriku disini seorang menunggu tanpa teman...
tak mudah ku melupakan segala yang berlalu...
ku ingin selalu bersamamu...

terima kaseh chenta...
kau berikan lagi kesempatan itu...
tak akan berulang lagi kesalahan itu...
yang pernah menyakitimu...

++te amo...??dont it mean i luv u...think it mean i luv u...

Monday, July 13, 2009

"bisu,pekak,buta..."

pada siapa harus aku ajukan soalan ini...hanya pada ruangan blog...adakah dia masih belum nampak aku berdiri di sini...adakah dia masih belum bisa membuka mulutnya...adakah dia masih belum dengar setiap ungkapan ku...tolong kirim aku seseorang yg boleh buat dia tersedar...sedar dari setiap mimpi buruk...

apa yg ku harapkan...bukanlah keadaan sepertinya sekarang...atau akukah yg terlalu memikirkan ini...aku sememangnya begitu...suka memikirkan hal yg jauh lg dihadapan...itulah sebabnya aku selalu jatuh tersungkur...bangun dan terus berdiri...sepertinya tiada apa yg berlaku...kemudian berlari lg...dan jatuh tersungkur lg...bangun dan terus berlarilah...

aku yg masih belum kuat...atau dia yg tidak kuat...tidak kuat untuk terus mengorak langkah...aku masih tetap di sini...masih setia menanti...atau hati ini sudah ku berikan kepadanya...kerna aku sudah tidak punyai hati lg...kali ini jika kau terpaksa pergi...mungkin aku juga harus pergi...pergi ke mana tiada ketahuan...

Tuesday, July 7, 2009

"percubaan kedua..."

assalamualaikum...

setelah percubaan pertama gagal...kini aku dlm usaha utk melakukan percubaan kali kedua...percubaan utk menghadapi sesi temuduga pada keesokan hari...segala kesalahan dan kesilapan akan cuba diperbaiki...kali ini aku akan tampil dgn lebih yakin dan bersemangat tinggi...segalanya ku lakukan utk kebahagiaan bersama...sesi temuduga pertama bertempat di komtar...jawatan yg ditawarkan adalah pembantu tadbir unit SPR(suruhanjaya pilihan raya)...diadakan pada pukul 0900...agak awal utk aku...selalunya pada waktu aku masih lg berguling2 di atas kamar beradu...tp akan ku mencuba utk mengatasi masalah tersebut...

sesi temuduga kedua bertempat di KESP Sdn Bhd...sebuah kilang yg terletaknya sekitar bayan lepas...aku disuruh hadir pada pukul 1430...jawatan yg ditawarkan adalah maintanance technician...bersesuaian dgn bidang yg aku ceburi selama ini...tp mampukah aku utk diterima bekerja di sini...aku hanya seorang lepasan diploma yg belum pun bergraduan...apatah lg pengalaman bekerja...tp mgkn dgn sijil kemahiran malaysia(SKM) thp 1,2,3 yg diperolehi merupakan satu kelebihan utk aku...

sesi temuduga ketiga...agak berjauhan daripada yg sebelumnya...bertempat di mak mandin, butterworth...sebuah syarikat yg belum diketahui apa produk yg dihasilakan...jawatan yg ditawarkan adalah kerani operasi...walaupun kerja berkaitn hal2 pengurusan...ttp masih lg berkisar dgn bidang yg diceburi...

syg...doakan aku kejayaan aku...segala penantian akan berakhir tak lama lg...

"wanita yg ku pilih..."

wanita yg ku pilih...
sungguh istimewa...
semakin aku mengenali dirimu...
semakin aku ingin tahu...
tp aku ingin tahu...
keluar dari mulutmu sendiri...

kau bilang kau tidak sempurna...
aku juga tidak sempurna...
kau tahu tntg kejadian adam dan hawa...
hawa dicipta utk melengkapi hidup adam...
begitu juga perihal sekalian makhluk...
dicipta berpasangan utk melengkapi satu sama lain...

apa yg kau ada...
belum tentu aku ada...
apa yg aku ada...
belum tentu kau ada...
begitu juga sebaliknya...
mgkn aku dicipta utk membimbing mu...
dan mgkn kau dicipta utk menjaga ku...

sudah jgn bersedih lg...
cuba berikan mereka masa...
biarkan api kemarahan reda...
kau tahu...
mereka sesekali tidak akan meninggalkan kau...
dalam keadaan kau memerlukan...
begitu juga aku...
sentiasa di samping mu...
walaupun pada hakikatnya berjauhan...

++jgn pernah lepaskan tangan...

Sunday, July 5, 2009

"the new red devils...??"


Michael Owen hampir pasti bakal menyarung jersi Man Utd menerusi 'perpindahan menakjubkan' musim hadapan.Michael Owen dikatakan akan mengisi kekosongan yg ditinggalkan oleh Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez selepas kedua2nya memilih utk tidak terus bersama Man Utd di Old Trafford.

Bekas penyerang Liverpool,Real Madrid dan Newcastle Utd ini dikatakan berada di ambang kejatuhan sejak akhir2 ini.Walaubagaimanapun, Owen kini bernilai 40 juta pound(RM 237.8 juta) dengan mengambil kira gaji dan yuran perpindahannya dari Real Madrid ke Newcastle Utd.Dia digugurkan dari skuad utama Newcastle Utd di atas sebab pasukan itu telah tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.


Michael Owen bakal digandingkan dengan bekas rakan sepasukan semasa menyarung jersi England, Wayne Rooney di bahagian serangan.Di samping itu juga, Man Utd telah berjaya mendapatkan khidmat pemain sayap Wigan, Antonio VAlencia.Antonio merupakan bakat baru di dalam kancah bola sepak Inggeris baru2 ini.Dia yang juga menjadi rebutan beberapa kelab elite dunia seperti Real Madrid.

Persoalannya, mampukah Man Utd mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga ? Di samping merampas kembali Piala FA dan trofi Liga Juara2 Eropah lantas mencipta satu lagi sejarah baru bola sepak dunia.

Friday, July 3, 2009

"fast update..."

lalala~...post kali ni khas utk kamu...esk kamu akan pergi...mlm ni mlm terakhir utk kita...apa kata kita gunakan dgn sebaiknya :P...i gonna miss u so much...harap kamu juga begitu...setelah beberapa kali mencuba...aku harap percubaan kali ni berjaya...apa yg ada dlm hatimu syg...??jika kau sudah bersedia utk meluahkan segalanya...aku pun sudah bersedia utk mendengarnya...aku ingin kau tahu...aku bukan seperti lelaki lain...yg berjasadkan manusia...tp bertopengkan syaitan...

dlm sekelip mata...semua akan berubah...cubalah beri aku peluang itu...walaupun kau dan aku sering terlupa...kau dan aku cuma manusia biasa...yg dicipta penuh sifat lalai dan leka...kita sering melakukan kesalahan...aku harap kau lupakan yg lama...dan bersedia menerima yg baru...sebenarnya tiada sempadan diantara kita...cuma kita sahaja yg perlu meleraikan persoalan ini...aku harap kau mengerti...

++im gonna miss u dear...