Sunday, July 5, 2009

"the new red devils...??"


Michael Owen hampir pasti bakal menyarung jersi Man Utd menerusi 'perpindahan menakjubkan' musim hadapan.Michael Owen dikatakan akan mengisi kekosongan yg ditinggalkan oleh Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez selepas kedua2nya memilih utk tidak terus bersama Man Utd di Old Trafford.

Bekas penyerang Liverpool,Real Madrid dan Newcastle Utd ini dikatakan berada di ambang kejatuhan sejak akhir2 ini.Walaubagaimanapun, Owen kini bernilai 40 juta pound(RM 237.8 juta) dengan mengambil kira gaji dan yuran perpindahannya dari Real Madrid ke Newcastle Utd.Dia digugurkan dari skuad utama Newcastle Utd di atas sebab pasukan itu telah tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.


Michael Owen bakal digandingkan dengan bekas rakan sepasukan semasa menyarung jersi England, Wayne Rooney di bahagian serangan.Di samping itu juga, Man Utd telah berjaya mendapatkan khidmat pemain sayap Wigan, Antonio VAlencia.Antonio merupakan bakat baru di dalam kancah bola sepak Inggeris baru2 ini.Dia yang juga menjadi rebutan beberapa kelab elite dunia seperti Real Madrid.

Persoalannya, mampukah Man Utd mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga ? Di samping merampas kembali Piala FA dan trofi Liga Juara2 Eropah lantas mencipta satu lagi sejarah baru bola sepak dunia.

No comments:

Post a Comment